Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Ahlan Ya Ramadhan... =)

Assalamualaikum & Good Day Dear Readers (^_^)




Alhamdulillah, All praises to Allah for He has given the chance for us to meet the blessed month, the month of Ramadhan. I take this opportunity to wish all Muslimin & Muslimah all around the world no matter far or near, Selamat Menyambut Ibadah Ramadhan (Happy Blessed Ramadhan). Now, I know that fasting (Puasa) might be hard for some people but believe me, that's the joy of it. 

Ramadhan is not only about fasting  from dawn to sunset but Ramadhan holds a more deeper meaning. Allah SWT made fasting during the month of Ramadhan an obligation to us. As stated in the Holy Qur'an:

The month of Ramadhan is that in which was revealed in the Qur’an, guidance for mankind, and a clear proofs of guidance, and the criterion (of right and wrong). And whoever so you is present, let him fast a month, and whoever so you is sick on a journey or a number of days, Allah desires for you to ease; He desires not hardships for you, and that you should complete the period, and that you should magnify Allah for having guided you and that perhaps you may be thankful
(Surah Al-Baqarah: 185)

Ramadhan is about the improvement of one self in their worship to Allah SWT. When Ramadhan begins, the gate of Jannah (Paradise) are opened and the gates of Hell are closed. Take this opportunity to improve ourselves to become a better person, cleansed our heart and soul by involving ourselves plus, do good deeds to gain (Pahala) by doing various activities such as learn more about Ramadhan, the beauty and benefits of it, joining the tarawih prayers, recite the Qur'an, give charity, wake up in the middle of the night and perform solat Tahajjud. Oh,  and take the opportunity to perform Solat Sunat Hajat as well (^_^) but mostly, do these things to gain the blessings from Allah SWT. May our worship to Him, Allah SWT blessed.

You can apply this tips for your mission in complete reading the whole Qur'an (^_^)
One of the wonderful things about the month of Ramadhan is it's a good chance for us to clear your mind from all the unwanted clutters in life and fill them with nothing but good things. Do what it takes for us to organize ourselves during this holy month such as, keeping works in order, stay energized by organizing a healthy lifestyle and make your time for Allah. Believe me, you'll be amazed by the results later on.

Another interesting thing about Ramadhan is the nights of a thousand nights, The Lailatul Qadr. (^_^) Lailatul Qadar is the nights of all nights better than a thousand months. It's also is the day where our Prophet Muhammad SAW receives the very first revelations of the Qur'an send by Allah SWT  through the Angle Jibril (Peace be upon him). There is no specific dates on when will Lailatul Qadr night will appear. Mostly it is on one of the odd nights. Wallahualam.  Anyways, you can take this opportunity to wake up at night and pray to Allah SWT. Who knows? You might just be lucky that you might come across the nights of a thousand nights.(O.O,)



Verily! We have sent it (this Qur'an) down in the night of Al-Qadr (Decree)

And what will make you know what the night of Al-Qadr (Decree) is?

The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months 
.
Therein descend the angels and the Ruh [Jibrael (Gabriel)] by Allah's Permission with all Decrees,

Peace! (All that night, there is Peace and Goodness from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.

(Surah Al-Qadr: 1 - 5)

Allah SWT does not burden his servants. For those who cannot fast (Those who are ill to the extreme, women who are having their period, pregnant ladies or nursing mums, patients that are sick with an incurable disease, can also do their part. You still have the power of Doa. Never forget that... Allah SWT hears your prayers more than you know it. You can do your part by doing many various good deeds or activities aside fasting such as feeding the poor, do charity, dakwah and all things that can gain the blessings of Allah SWT.

Selamat Menyambut Ibadah Puasa. Bersihkan hati sucikan diri Tingkatkan Iman dan segala amal ibadah untuk meraih sebuah dunia dan akhirat yang berjaya. Semoga segala amal ibadah kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini diterimaNya sekaligus mendapat keredhaan, kemuliaan dan rahmat darinya.. Amin Ya Rabb...

Till then dear readers... Wasalamualaikum...=)



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434...

Assalamu'Alaikum & Good Day everyone..(-.-,)



Terlebih dahulu ana nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi seluruh Muslimin & Muslimah sedunia. Moga dengan datangnya tahun baru ini kita dapat manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Moga Allah SWT mengampunkan segala-segala perbuatan kita pada tahun lepas yang boleh mendatangkan murkanya & Moga Allah SWT perkenankan segala amal kebaikann yang kita lakukan. Amin.

Maal Hijrah bukanlah sekadar menyambut kedatangan tahun baru dalam Islam akan tetapi ia lebih dari itu. Ia juga umpama sebuah perjalanan mencari redha Illahi. Sesungguhnya ayat Al-Quran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar melainkan benar sahaja. 

 "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar." 
(Surah At-Taubah, Ayat 20)

Sini ada satu puisi yg ana nak share. Sama2lah kita ambil iktibar & pengajaran daripadanya. Selain itu, marilah kita sama2 mohon doa kepada Allah SWT agar penghijrahan diri selepas ini menjadi penuh berkah, penuh dengan kasih sayang & RahmatNya. Amin... Janganlah kita ulangi kesilapan masa lalu & sebaiknya kita lakukanlah yang terbaik dalam hidup tidak lain & tidak bukan akan tetapi hanyalah bagi menharapkan keredhaan & ketaqwaan  pada Allah SWT. Moga segala amalan kita juga akan diterimaNya..Amin...


Muhasabah Maal Hijrah

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Sumber Puisi : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3962-muhasabah-maal-hijrah.html
  
Marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun & Awal Tahun ..(-.-,)








Well, that's all from me.Apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT & segala keburukan itu datang hanyalah daripada kesilapan diri sendiri. Till then dear readers...Wasalamu'Alaikum

Friday, July 15, 2011


Ya Allah...
jika dia benar untuk ku...
sandarkanlah hatinya dengan hatiku keranaMu..
jika dia bukan milik ku..
redha kan lah hatiku dengan ketentuanMu...

Wednesday, May 4, 2011

Lelaki acuan al-Quran

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga pergaulan dan tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran”



.::Semoga kalian kaum adam berusaha mencapai taraf sebagai lelaki acuan Al-Quran, insyaAllah::.

Sumber: dr pihak lain..

Monday, March 7, 2011

Doa Untuk Yang Bercinta...

Doa Untuk Yang Bercinta...

Bismillahirahmanirahim...

Doa untuk yang bercinta, siapa-siapa yang tengah hangat dilamun cinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa nih…

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Mudah mudahan ia berguna untuk anda semua.

Sources: http://alfakir-lillah.blogspot.com/

Saturday, March 5, 2011

A little sharing....=)

Firman Allah S.W.T: Wahai jiwa yang tenang(suci) kembalilah kamu pada Tuhan-Mu, dengan (hati) yang redha & diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba2-Ku & masuklah kamu ke dalam syurga-Ku [Al-Fajr: 27-30]...=)

Monday, February 14, 2011

Titipan Buat Wanita...

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Dipetik dari Artikel iluvislam.com

Editor: mawaryangtinggi

Tuesday, January 4, 2011

Di kala kesyunian...

Assalamualaikum and good day everyone.. Tak banyak sangat benda yg happen today except lecturer minta tolong untuk cari bebudak part one yang tak der lam kelas. haha, this takes me back to where i was still a pert one student. dah lumrah, tempat baru, semua baru, mudah jer sesat. seronok gak tengok gelagat part one yg sekarang..(^^,)..

Missing all of my friends yang dah pergi...(-____-) tak pe, nanti insyaAllah bulan 4 datang jugak diaorang kat campus. I'll be waiting for them with open arms. (^^,) Waaaarrggghhh... rindu banget sama kalian deh...
Nasib baik dah jumpa dah tempat mereka letak jadual waktu tapi jauhlah. Xpe, bagi exercise ckit badan nie. Banyak yg hilang...muka2 yg ana selalu tengok dulu semuanya dah keluar, ana je belum..hehee, x pa, InsyaAllah, soon graduate jugak ana(^^,).

Ari nie, ana ada jumpa senior ana yg ambik dip pd thn lepas skarang nie sambung degree masih kat U yg sama. tahniah buat senpai2 semua...(^^,)
ana baru je dapat mesej dr kawan ana yg esok x der kelas. alamatnya goyang kaki je bebudak OM..hehe.. ana pun x ketinggalan. tp ana tau yg tak leh buang masa so ana ada terfikir nak balik umah and cari buku utk kelas nanti. baik ana habis celoteh ana sekarang B4 lap top ana buat hal lagi, on/off je. bila cucuk je power supply terus padam..hurmmm...nak kena service lah nie..

Monday, January 3, 2011

Tetaplah Melangkah...

Ada duka, ada luka
Mendiam di duduk hati
yang paling dalam
Biarkan saja
Lepaskan padaNYA
Penawar selalu ada
iakan tersembuhkan

tegalah melangkah!
walau terasa peritnya payah
walau langkah2 ada yang goyah
bangkitlah dari rebah
kutahu…
walau jasad terlihat letih
ruhmu tetap selalu teguh

tetaplah melangkah!
dengan tiap murni usaha
dari segenap jernih jiwa
tiada kenal erti lelah
bintang terang di hujung jalan
tersiap menanti untuk pejuang
yang mahu berjuang.

Nanti…
mulia bakti untuk ummah
adalah kesinambungan juang
yang tak pernah akan selesai

Teruskan dan tetaplah melangkah
ALLAH selalu tahu dan akan bantu!





Sources: Dipetik daripada pihak lain.

Sunday, January 2, 2011

Di Kejauhan...


Ketika Cinta Harus Berpisah sementara demi mencari RedhaNya
Hendaklah Cinta itu selalu tertuju padaNya semata
Tiada lagi dendam tiada pula dusta..

Di antara keduanya..
Jadi biasa adalah hal bijak yang seharusnya..
Hingga waktunya benar-benar tiba.

Sources: Dari pihak lain...

Monday, November 15, 2010

Cinta?...Rindu?...

Tahukah kita apa sebenarnya CINTA? Tahukah kita apa sebenarnya RINDU?
Andai kita tahu, Pasti bibir kita tak henti bertasbih...

Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..

Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..

Sources: Dipetik dari pihak Lain...

Tuesday, October 19, 2010

Special For Kaum Hawa

Special For Kaum Hawa


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..


Sources: Dipetik dari pihak lain

Wednesday, September 15, 2010

Muslimah Idaman



wanita..idaman lelaki

yang hatinya disalut taqwa kepada Allah

yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

yang sentiasa haus dengan ilmu

yang sentiasa dahaga akan pahala

yang solatnya maruah dirinya

yang tidak pernah takut untuk berkata benar

yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah


wanita idaman lelaki ialah…

yang menjaga tutur katanya

yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki ialah…

wanita yang menghormati ibunya

yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga

yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga

yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam

yang mengamalkan hidup penuh sederhana

kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki…

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan

yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…

yang boleh diajak berbincang dan berbicarayang menjaga matanya dari berbelanja

yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…

yg tidak pernah membazirkan masa

matanya tidak kepenatan kerana penat membaca

suaranya tidak lesu kerana penat mengaji dan berzikir

tidurnya lena dengan cahaya keimanan

bangun subuhnya penuh kecergasan

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..

sentiasa mengingati mati

yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki…

yang tidak terpesona dengan buaian dunia

kerana dia mengimpikan syurga

di situlah rumah idamannya

dan dia ingin membawaku bersama

dialah wanita idaman lelaki…

Sources: www.Blogger.com (Pihak Lain)

Allah Knows Best

Allah Knows Best

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,

yang menciptakan segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sakit hatimu,

yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,

pasti akan damailah hatimu,

kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2.


Bukan Allah tidak tahu,

derita hidupmu,

retaknya hatimu,

tapi,

mungkin itulah yang Dia mahukan,

kerana Dia tahu,

hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak

dan

mudahuntuk akrab

dan dekatdenganNya.


Tuesday, September 14, 2010

Kasih Sayang


Kasih sayang adalah suatu anugerah,kadang-kadang ianya suatu penantian,kadang-kadang ianya satu penerimaan,mungkin juga suatu ketetapan....

Namun, walau apapun,apabila kamu menyayangi seseorang,sayangilah dengan keikhlasan,luhurkanlah dengan kesetiaan,bukan dengan hawa nafsu yang penuh bayangan,tetapi dengan impian bersandarkan amanat Tuhan...

Sesungguhnya,Allah suka dengan kasih sayang,Dan setiap sesuatu yang dijadikannya,Pasti ada nikmat yang dijanjikan...

Bersabarlah,Seandainya dikau sudah memiliki kasih sayang itu,tetapi belum ketemu perkongsiannya,dan berdoalah kepada Tuhan,kerna mungkin Dia menjanjikan yang lebih baik untukmu...Sesungguhnya setiap ssuatu itu ada hikmah disebaliknya...InsyaAllah...


Tuesday, August 31, 2010

RUGI NYA JADI MANUSIA JIKA TIDAK BERIMAN...

RUGI NYA JADI MANUSIA JIKA TIDAK BERIMAN...

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Nie just utk sharing2 for all, i got this from a friend of mine in FB. Renung2 kan & selamat beramal..wslm...

Sources: by Cik Acah Hns on Monday, August 30, 2010 at 9:38am

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Wednesday, August 4, 2010

The beauty of Surah Al-fatihah..(^^,)

Assalamualaikum & peace be upon you...

here is a little sharing from me to you...(^^,)


Surah Al-Fatihah:

when the servant says: ‘Al-Hamdulillaahi Rabb-il-‘Alameen’,

Allaah says: ‘My servant has praised Me.’

when he says: ‘Ar-Rahmaan-ir-Raheem’,
Allaah says: ‘My servant has extolled Me.’

when he says: ‘Maaliki-yawm-id-Deen’,
Allaah says: ‘My servant has honored Me.’
when he says: ‘Iyyaaka Na’bdu wa Iyyaaka Nasta’een’,

Allaah says: ‘This is between Me and My servant and My servant will have what he asks for.’
when he says: ‘Ihdinaas-Siraat-al-Mustaqeem. Siraat-aladheena an’amta ‘alaihim. Ghairil-Maghdoobi ‘alaihim wa lad-Daalleen’,

Allaah says: ‘This is for My servant and for My servant will be what he asks for.’”


[Reported by Muslim]


So dear friends, i hope whenever you recite the surah don't do say it too fast or too slow but just right. (^^,)V...syukran...

Wednesday, July 21, 2010

Ustazah pernah berkata...('',)...

Ustzh prnh kata, terimalah seseorang dengan seadanya, baik @ tidak ia boleh diubah dengan bimbingan seseorang itu. Jika baik tunjuk ajarnya maka akan jadi baik mereka & jika buruk maka buruklah sifatnya. Jaganlah kita hindarkan @ jauhkan mereka dr masyarakat kerana sesungguhnya kita mengeratkan silaturrahim sesama insan & Allah S.W.T suka akan kedamaian. Dengan menerima insan itu dengan seadanya kita dapat juga lihat nikmatnya. Mungkin bukan sekarang tetapi pada masa akan datang, insyaallah. Manusia yang suka akan kedamaian akan dirahmati oleh Allah S.W.T. janganlah kita memusuhi, memfitnah, memburukan nama @ peribadi seseorang itu kerana ia akan membawa diri ke lembah dosa. Ana tengok banyak golongan masyarakat kita sekarang ada terselit peragai mcm nie kt dlm diri mereka. Semoga kita dilindungi dari sifat sebegini...Amin.