Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434...

Assalamu'Alaikum & Good Day everyone..(-.-,)



Terlebih dahulu ana nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi seluruh Muslimin & Muslimah sedunia. Moga dengan datangnya tahun baru ini kita dapat manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Moga Allah SWT mengampunkan segala-segala perbuatan kita pada tahun lepas yang boleh mendatangkan murkanya & Moga Allah SWT perkenankan segala amal kebaikann yang kita lakukan. Amin.

Maal Hijrah bukanlah sekadar menyambut kedatangan tahun baru dalam Islam akan tetapi ia lebih dari itu. Ia juga umpama sebuah perjalanan mencari redha Illahi. Sesungguhnya ayat Al-Quran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar melainkan benar sahaja. 

 "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar." 
(Surah At-Taubah, Ayat 20)

Sini ada satu puisi yg ana nak share. Sama2lah kita ambil iktibar & pengajaran daripadanya. Selain itu, marilah kita sama2 mohon doa kepada Allah SWT agar penghijrahan diri selepas ini menjadi penuh berkah, penuh dengan kasih sayang & RahmatNya. Amin... Janganlah kita ulangi kesilapan masa lalu & sebaiknya kita lakukanlah yang terbaik dalam hidup tidak lain & tidak bukan akan tetapi hanyalah bagi menharapkan keredhaan & ketaqwaan  pada Allah SWT. Moga segala amalan kita juga akan diterimaNya..Amin...


Muhasabah Maal Hijrah

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Sumber Puisi : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3962-muhasabah-maal-hijrah.html
  
Marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun & Awal Tahun ..(-.-,)








Well, that's all from me.Apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT & segala keburukan itu datang hanyalah daripada kesilapan diri sendiri. Till then dear readers...Wasalamu'Alaikum

No comments:

Post a Comment