Friday, January 28, 2011

Wahai insan....

Assalamualaikum buat semua...(-.-,)

Sabarlah wahai insan...

sesungguhnya, semua yang terjadi adalah ujian dari Illahi...
Jangan teru putus asa!...mari kita bangkit! dan cuba lagi....

Kuatkan semangatmu...

sesungguhnya Allah Maha Adil terhadap hamba2nya...


Allah menguji kasih hambanya dengan memberi pelbagai ujian, dugaan dan cobaan..

Allah nak lihat sejau mana kita sentiasa ingat padaNya..
biarpun dalam susah atau senang...

Allah menjanjikan yang terbaik buat hambanya yang beriman...

Bersabarlah wahai insan...

Bangkitlah demi menegakkan AgamaNya!!
Dont give up on Allah okay....
Sungguh jika ini bukan hari...minggu..
atau tahun bagimu...
Tetapi, ingatlah bahawa Syurga menati mereka yang sentiasa melakukan kebaikan dan beriman...

Buat Manusia yang masih Alpa...
Bila kulihat diri mereka...Sungguh!! Aku kecewa dan sedih
Kerana terkenang apa yang bakal menanti mereka di akhirat kelak jikalau mereka terus begitu
Harapan dan nasihatku pada mereka...Sedarlah yang kita bukannya hidup lama...

Masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalanNya... Tiada apa2 lagi yang mampu ku nasihatkan buat mereka...
Cuma ku harap agar pintu hati mereka tidak ditutup...

dan mata hati mereka tidak kabur dengan keindahan dunia

Sungguh!! mereka masih buta!!...


Nasihat buat diriku dan semua...
Janganlah kita menyakiti orang lain..
Sama ada kita sedar atau tidak...
Kerana ia boleh membawa kepada dosa...makin diamal, lama2 ia akan membesar dan jangan sampai susah bagi Allah untuk memaafkan kita melainkan hamba yang terkena memaafkanmu...
Jika terdetik di hatimu, untuk melakukan kezaliman, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak... cepat-cepatlah engkau beristighfar dan mohon lindungan padaNya...
Nescaya Dia akan memakbulkan permintaan mu, Insya'Allah...

Jangan kita tertanya2 kenapa benda @ hal macam ini atau itu terjadi...

Lihatlah apa yang kita pernah buat...
sebab itulah pengajaran lampau amat penting untuk kita renungi

supaya kita tidak terjebak untuk mengulangi kesilapan itu kembali...

Kecuaian dan kelemahan diri...
adalah salah satu yang harus kita diperbaiki...
bukan semua manusia sempurna sebab dari sana kita akan belajar...

erti kehidupan yang sebenar
Jika masih tidak mampu kau hadapi...
jangan bersedih...
tidak semestinya yang baik itu selamaya baik buat mu...
tidak semua yang buruk bagimu buruk selamanya...
semuanya adalah supaya hidupmu sentiasa dalam keadaan seimbang...
Sentiasa berdoa padaNya bagi meringankan ujianmu itu.
Doa itu adalah perisai buatmu

Ja
ngan lokek sangat untuk berdoa...sesunggguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan dan suara kita berdoa padaNya... Kelazatan iman pun akan terasa...

Janganlah dikau abaikan rakan-rakanmu...
kerana merekalah Allah tetapkan sebaik-baik insan yang berjuang denganmu...

bila mencari kawan, carilah yang baik dan tidak semestinya kawan yang jahil tidak boleh engkau berkawan...

Wallahualam, mungkin itu b
oleh menjadi tugasmu bagi menasihati dan membimbing mereka ke jalan yang benar...
Jadilah pendengar & penglihat yang baik dan bukan pendengar yang pekak @ penglihat yang sememangnya buta...

pendengar dan penglihat yang baik adalah orang yang paling memahami...
kerana dia sentiasa mendengar dan melihat perkara disekelilingyna...

dari situlah nasihat akan terbentuk dalam diri...


Sungguh kejayaan bersama akan terasa bila kita bekerjasama...
Jangan lokek untuk menghulurkan tangan mahupun menasihati...

Janganlah engkau abaikan mereka yang lemah dalam pelajaran atau hidup..
bantulah mereka untuk memahami....
Ringankanlah tanganmu untuk sentiasa suka menolong orang...

bukan kah itu juga satu amal ibadah?

Jangan lokek untuk berkongsi ilmu dengan orang lain...

Takut nanti ilmu itu akan memakan dirimu sendiri..
.
bak kata...Give and share, bukan give and take..

Ilmu itu adalah milik Allah selamanya...

Sungguh, Kejayaan akan dapat kita rasa jika orang yang kita sayang juga turut berjaya...

Marilah kita sama-sama tadahkan tangan kita dan berdoa padaNya....

Ya Allah, Tabahkanlah hati kami, kuatkanlah semangat kami bila berhadapan dengan segala
ujianMu.. Ya Allah, ampunilah hamba2 mu YaAllah, biarpun mereka telah menyakiti hati kami. Bimbingilah mereka ke jalan benar...sesungguhnya mereka masih lagi terkapai-kapai dan leka dengan keindahan dunia...

Ku pohon restu dari Mu moga segala pekerjaan & perbuatan kami selepas ini berjalan dengan lancar dan jauhilah diri kami daripada segala kejahatan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa hendak menghancur & menghasut diri kami supaya berpaling pada Mu... Lindungilah kami Ya Allah, Bimbingilah kami ke jalan yang Engkau restui...sesungguhnya DiriMu adalah Yang Maha mendengar, Maha pengasih dan Maha pemberi pertolongan....Amin...

Segala puji bagi Allah S.W.T dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W....

Doa ku bagi yang membaca, Semoga anda sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatNya... Secebis nasihat jika disebarkan akan menjaminkan pahala buatmu dan pahala buat mereka yang mendengar... sesungguhnya Allah suka pada mereka yang suka menyebarkan ilmu daripada mereka yang tidak suka berkongsi...

Wslm...

No comments:

Post a Comment